♥ Saturday, May 9, 2009 ♥
Aku cume berbudi pada yang berbahasa.
Dan aku akan kurang ajar dengan orang yang memang kurang ajar.
Kalau dah namanya pelajar Universiti, mesti lah terpelajar kan? Mesti yang berakal kan? Mesti yang boleh bersopan santun dan tidak kurang ajar kan?
Tapi...masih ada lagi segelintir ''mereka-mereka" yang pada aku, kurang ajar.
Dari dulu sampai sekarang, aku tak faham kenapa orang suke saaaaangat tengok akademi fantasia. Personally, aku tak nampak apa-apa pelajaran mahupun inti pati yang bole dipelajari selain melihat para perserta melalak dan terkinja-kinja bagaikan monyet diatas pentas. Serious!
Aku sememangnya tak berapa puas hati dengan segelintir pelajar-pelajar wantita yang agak selfish. Okay..selfish sebenarnya!
Malam ni, aku sangat bengang. Bengang yang amat sangat!
Okay, nak dijadikan cerita, aku gerak pergi lounge mahallah Maryam untuk tengok drama bersiri yang aku minat. Aku pon duduk lah sambil tunggu berita habis.
Bila habis jer berita, aku pun dah sedia nak tengok drama yang aku minat. tup..tup..ade sekor Minah dengan selamba badaknyer menukar siaran t.v!
Ya Allah geramnyer aku!!! Kat dalam bilik tu ramai orang and bukan dia seorang okay?
Okay, fine! Aku mengaku aku kalah sebab ramai perempuan-perempuan kat situ nak tengok konsert Akademi Fantasia..dan dorang tak nak tengok drama aku.
Lagi satu yang buat aku bingit tahap tak tau nak cakap ape, is that...kat lounge tu ade dua aku ulang DUA buah television! Yang kat luar tengok siaran yang sama. Akademi Fantasia.
Lepas tu...takkan dua-dua tv nak tengok siaran yang sama? Selenge kan?!
Kenapa tak bertimbang rasa? Kenapa selfish nak mampos sangat?
Fikir lah tak semua minat Akademi Fantasia...seperti AKU!!!!!!
Kalau nak tengok duduk lah luar! Ape hal menyibuk kat dalam?
Dah sah-sah nampak aku geleng tadi dia nak tukar siaran..aku siap tanye lagi "nape tukar? saya nak tengok.." Die bole buat 'derk' ajer! Kureng betol!
So...kenapa makin tinggi kau belajar makin 'bodoh' pula?
*Sekadar luhan hati*
* YA ALLAH.....aku geram sangat...Ampuni aku ya ALLAH...
the GIRL was here at Saturday, May 09, 2009.