Apa dosa gadis itu sebenarnya dekat ENGAKAU sampai kau nak hukum gadis dengan kata-kata nista?
Jalang sangat gadis itu? Biadap sangat ke gadis itu? Kurang ajar sangat ke gadis itu?
Kenapa? Apa dosa gadis dekat kau? Besar sangat ke dosa gadis itu dekat kau sampaikan kau lemparkan kata-kata yang buat gadis itu sampai terduduk lalu mengalirkan air mata?
Besar sangat kah mandat kau hingga kau sanggup hina orang? Kau siapa nak hina-hina orang?
Bile gadis itu membuat keputusan untuk beri kau peluang kedua untuk berkawan dengan engkau semula, gadis itu fikir kita boleh mula from a scratch. That was her thought n view.
Tapi jangkkan gadis itu silap dan meleset 100%!
kau masih tetap dengan ego kau.
Gadis itu tidak faham. Bagaimana seorang lelaki yang mempunyai latar belakang pendidikaan dari Universiti terkemuka dunia sanggup melemparkan kata-kata yang gadis itu kira cukup untuk membuat hati seorang gadis itu cukup terluka!
Gadis itu menangis dalam kepiluan ditengah-tengah malam akibat kata-kata yang telah engkau lemparkan.
Gadis itu menangis semahu-mahunya akibat dihina. Tidak pernah dia dihina sedemikian rupa.
Ya ALLAH...
jangan bilang, dek kerana gadis itu menolak kau lalu kau berdendam terhadap gadis itu?
Lalu jalan terbaik adalah untuk membuat gadis itu menderita dan kau menghina dia semedikain rupa?