♥ Saturday, October 4, 2008 ♥

Ini adalah kisah yang menjadi lagenda.
Tentang Julius Caesar , kaisar romawi yang rela kehilangan kehormatan,kesetiaan dah bahkan negaranya demi sang Ratu Penggoda , Cleopatra.
Ini kisah tentang pemuda bernama Romeo,demi seorang wanita ,rela kehilangan keluarga,pangkat dan tentu yang paling berharga - Nyawanya sendiri!
Ini kisah seorang janda yang bernama Siti Khadijah. Rela mengorbankan seluruh harta benda demi membela seorang pemuda yang bernama Muhammad, yang tidak ragu-ragu menyatakan keimannya langsung menjadi orang pertama yang memeluk agama islam.
Kata jalaluddin Ar-Rumi, " Cinta akan menjadikan sesuatu yang pahit menjadi manis dan dengan cinta, tembaga boleh bertukar menjadi emas. Dengan cinta yang keruh boleh menjadi jernih, sakit menjadi ubat dengan cinta yang mati akan hidup dan dengan cinta lah jiga seorang raja yang perkasa bertukar menjadi hamba sahaya..."
Aku..aku tidak hebat dalam cinta..
Aku..aku bukan seorang punjangga cinta..(fuh..ayat!)
Aku hanya ingin meletakkan diri sebagai saudara seislam yang wajib hukumnya menegur atau mengingatkan saudaranya yang tersilap langkah..namun, jika aku silap, maafin ya?
Tahukah saudara bahawa wanita adalah mkhluk ciptaan-Nya yang sempit akal? Mudah terbawa emosi? Aku sendiri tak suka akan kenyataan tersebut namun itu lah fakta yang sebenar-benarnya. Wanita mudah bermimpi...
Tolong! Janganlah memberi kami angan-angan kosong kepada kami. Mungkin ada disebahagian kami yang muncung apabila disapa (jual mahal lah konon!) atau tatkala kami dipuji. Tetapi sejujur-jujurnya ada sekelumit rasa bahagia yang bertandang didalam hati. Ini tak beerti kami sudah suka akan kamu (mungkin) tetapi bahagia apabila diperhatikan lebih.
Diantara kami..ada golongan Maryam yang pandai menjaga diri. Tetapi tak semua yang pandai menjaga diri. JANGAN kamu tawarkan sebarang ikatan bernama ta'ruf bilamana kamu sendiri tidak yakin akan situasinya. Sebuah ikatan yang 'tidak pasti' kebarangkalian boleh menginjak pada umur yang berpanjangan. Sampai bila harus 'tidak pasti' itu menjadi 'pasti'?
TOLONG FAHAM ERTI CINTA...
Jangan mengajak kami ke bibir neraka...
Dengan SMS-SMS mesra, panggilan sayang, hadiah-hadiah, ungkapan cinta dan pertemuan yang dibungkus dalam pakej atau label ta'ruf.
Tolong..kami hanya ingin menjaga diri. Menjaga amal kami tetap tertuju pada-NYA.
Kerana JANJI ALLAH itu PASTI! Wanita yang baik akan diperuntukkan dengan lelaki yang baik.
Jangan ajak mata kami berzina dengan memandangmu..
Jangan ajak telinga kami berzina dengan mendengar pujianmu..
Jangan diajak tangan kami berzina dengan mengambil hadiah darimu..
Jangan diajak kaki kami berzina dengan mendatangimu..
Jangan diajak hai kami berzina dengan berkhalwat denganmu..
Ada beza diantara SAHABAT dengan hati yang sudah dipenuhi dengan virus cinta. Beza itu bernama 'rasa' dan 'pemaknaan' bukan, bukan itu yang dicontohkan oleh Rasulullah S.a.w.
Kamu bukan Mus'ab. Kamu juga tidak sehebat Yusuf A.S. Tetapi kami bukan Arjuna yang perlu kamu semua berlagak seperti kasanova kerana Islam sudah punya jalan keluar yang indah. Segeralah benikah atau jauhi wanita dengan berpuasa.
Sebelum kamu mendatangi kami dan menyatakan cinta..sila jawab pertanyaan ini dengan jujur. Setelah ta'ruf lebih dari 3 bulan apa kamu semua masih belum utuh untuk bersedia bernikah? Atau kamu perlu masa yang lebih panjang untuk berfikir lagi? Dan menyuruh kami menunggu dengan alasan yang tidak syara' dan sekadar duniawi semata-mata?
Kalaw jawapannya YA beerti kamu selamat dan layak masuk syurga dibandingkan Sayidina Ali Ibn Abi Talib. Dia hanya berani menyatakan cintannya terhadap Fatimah Az-Zahra' setelah menikah. Dia adalah pemuda kesayangan Rasululullah tetapi menuggu waktu bertahun-tahun untuk menyatakannya. Bukan kerana dia pengecut justeru dia adalah pemuda syurga!
Tolong..kami tidak mahu menyakiti calon suami kami yang sebenarnya. Mereka berusaha menjaga hijab agar datang kepada kami dalam keadaan suci hati tapi kami menjajakan cinta kami pada lelaki yang belum tentu menjadi suami kami. Atau kamu sekarang sudah boleh menjamin bahawa kamu adalah calon suami kami sebenarnya?
Maaf! Wanita itu lemah dan mudah ditakluk. Sebagai saudara seislam kami, tolong jaga kami. Kerana kami akan jadi lemah dengan surat cinta kalian...
Bukankah lebih indah jika kita bertemu dengan jalan yang diberkati-NYA?
Bukankah lebih membahagiakan jika kita dipertemukan dalam situasi diredha-NYA?
Bukan saat menikah, tetapi saat pertemuan yang juga bebas dari maksiat.
ALLAH maha pencemburu dan DIA maha memiliki kami...mintalah kepada-NYA sebelum mendatangi kami...
ps: ini sekadar berkongsi..yang baik jadikan tauladan manakala yang buruk dijadikan sebagai satu renungan.. ini juga adalah peringatan untuk diri saya sendiri.
moga-moga ALLAH memelihara kita semua! =)
the GIRL was here at Saturday, October 04, 2008.