
-cuba renungi apa yang ingin disampaikan-
Pernah tak kita tanya diri kita..berapa kali aku jatuh cinta dalam sehari? (itu paling maksimum lah..) Ok..dalam seumur hidup..berapa kali? Pernah tak anda tertanya soalan ini pada diri sendiri? Pernah tak soalan ni terlintas didalam benak anda semua? Kalau Ya..sila angkat tangan..kalau tidak..tak perlu mengangkat tangan.
Ada sesetengah orang boleh jatuh cinta berkali-kali dalam hidupnya..( ini kes yang pantang nampak gadis cantik atau lelaki wasim..) Bahaya ni..kener kontrol..klw tak, bole jadik 'playa' bak kater orang omputih..hehehe..
Ada pulak yang sekali sajer dia jatuh cinta..kiranya thats the first and the last lah..مافش حابيبي بعدك
Tapi apakah itu sebenarnya cinta sejati?
Seorang teman sayer di Al-Azhar pernah memeberitahu sayer.."Cinta itu sendiri ada matlamat.bukan setakat dimulut. Dan harus dibatasi dengan hukum syara' ". Saya tertegun dengan jawapan beliau..Ringkas tapi ade makna yang begitu mendalam disebalik kata-katanya yang sayer anggap sempoi..
Saya mencongak-congak...apa benar aku sudah bersedia untuk bercinta? Mencintai dia bkn kerana paras rupa..mencintai beliau bkn dek kerana kepintarannya ataupun kefasihannya tatakala bebicara? Mencintai beliau hanya kerana ALLLAH dan bkn kerana duniawi semata-mata?
Owh....aku tersentak. Cintaku terhadap yang maha agung tidak lagi sampai 100%..Cintaku terhadap Rasulullah tidak lagi sampai100%..namun aku masih berani mencintai makhluknya sebelum aku mencintai-NYA dan kekasih-NYA dulu..
Astaghfirullah...
Masya Allah..
Allahu Akbar...
Ini lah aku..seorang muslimah yang masih lagk terkapai-kapai dalam mencari cinta-NYA.
Ini lah aku.. seorang muslimah yang masih lagk teraba-raba dalam kegelapan mencari Redha-NYA.
Ini lah aku..seorang muslimah yang masih lagk gagal dalam mengapai rindu dan cinta terhadap Raul-Nya.
اديني رجعتلك, يا الله..
اديني رجغتلك, يا الله..